Advertisement

SEKOLAH ANGKAT MADANI UniSZA: SK DUYONG LANCAR BUKU SEMPENA 100 TAHUN

Majlis perasmian sempena sambutan 100 tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong telah berlangsung pada hari ini dalam suasana penuh meriah dan bermakna.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniSZA yang turut menyempurnakan gimik perasmian dan pelancaran Buku 100 Tahun SK Duyong sebagai simbolik memperingati satu abad perjalanan, sejarah serta sumbangan sekolah dalam pendidikan dan pembentukan generasi.

Penerbitan buku tersebut menjadi wadah dalam merakam sejarah, pencapaian serta kenangan warga SK Duyong sepanjang 100 tahun penubuhannya.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Duyong.

Total Views: 31