Berita dan gambar oleh: Prof. Madya Dr. Hydzulkifli Hashim
SINTOK- Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) merangkap Penolong Naib Canselor (PNC) UUM COB, Prof. Dr. Selamah Maamor telah meluangkan masa hampir dalam satu sesi perjumpaan mesra khusus bersama dua pelajar mobiliti antarabangsa di IBS.
Pelajar antarabangsa tersebut terdiri daripada seorang pelajar dari Jepun yang mengikuti kursus pengajian polisi di negara Jepun serta seorang pelajar dari negara China yang mengikuti kursus Pengajian Perniagaan di China.

Dalam sesi beramah mesra itu, Dr. Selamah menerangkan secara terperinci mengenai kaedah dan pelaksanaan program mobiliti di UUM.
Beliau turut menasihati kedua-dua pelajar berkenaan agar memanfaatkan sepenuhnya peluang pengajian di universiti ini, termasuk penglibatan dalam aktiviti khidmat komuniti yang dijalankan oleh para pensyarah kursus.
Bagi memastikan perjalanan akademik dan urusan harian pelajar berjalan lancar, Dr. Salamah turut menekankan kepentingan mempunyai buddies (rakan pembimbing tempatan) sepanjang tempoh mereka berada di kampus UUM Sintok.

Sementara itu, kedua-dua pelajar mobiliti berkenaan melahirkan rasa amat gembira dan teruja atas kesudian Dekan IBS meluangkan masa bertemu mesra serta memberi bimbingan yang sangat berguna kepada mereka.
Pertemuan ini membuktikan komitmen berterusan IBS UUM dalam memastikan kebajikan serta pengalaman pembelajaran pelajar antarabangsa sentiasa diutamakan.












