Advertisement

[MEDBRIDGE: MENTOR ● MENTEE ● FUTURE]

Fakulti Perubatan telah melaksanakan program MedBridge: Mentor, Mentee, Future yang melibatkan seramai 266 orang pelajar baharu peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2026/2027 Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti, di samping memperkenalkan mereka kepada suasana kehidupan di Fakulti Perubatan.

Pada sebelah pagi, para pelajar telah mengikuti sesi lawatan kampus Fakulti Perubatan yang bertujuan memperkenalkan kemudahan serta lokasi-lokasi penting di sekitar fakulti. Sesi ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi dan berkenalan dengan rakan-rakan baharu dalam suasana yang lebih santai.

Program diteruskan pada sebelah petang dengan sesi pengenalan dan ucapan daripada Dekan Fakulti Perubatan, diikuti dengan taklimat daripada Timbalan-timbalan Dekan, Ketua-ketua Pusat Pengajian serta Penyelaras-penyelaras Program. Pengisian ini bertujuan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada para pelajar berkaitan aspek pengurusan akademik dan pentadbiran di Fakulti Perubatan.

Melalui program MedBridge: Mentor, Mentee, Future, para pelajar bukan sahaja diperkenalkan kepada persekitaran akademik, malah turut diberi ruang untuk membina hubungan, mendapatkan sokongan serta mengenali warga fakulti yang akan menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka sepanjang tempoh pengajian.

Semoga MedBridge: Mentor, Mentee, Future menjadi titik permulaan yang baik buat seluruh pelajar baharu dalam membina pengalaman universiti yang positif dan bermakna.

*TREAT • CARE • LEAD*

Total Views: 14