Oleh : Mohd Azfar Syukri Yusien
SHAH ALAM, 23 September 2026 – Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam kembali meriah dengan kehadiran pelajar baharu sempena hari pertama pendaftaran Sesi Akademik Oktober 2026 – Februari 2027 (20264).
Pelajar baharu bersama ahli keluarga mula memenuhi kawasan kolej kediaman dengan membawa barangan dan keperluan untuk memulakan kehidupan sebagai mahasiswa UiTM.
Proses pendaftaran dan daftar masuk dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan di kolej-kolej kediaman, dengan petugas membantu pelajar menyelesaikan urusan sebelum memasuki bilik masing-masing.
Bagi sebahagian pelajar, hari pendaftaran bukan sahaja menandakan permulaan sesi akademik, malah menjadi pengalaman pertama menyesuaikan diri dengan kehidupan di kolej kediaman dan persekitaran kampus.
Berikut adalah gambar-gambar suasana sekitar hari pertama pendaftaran pelajar baharu di kolej-kolej kediaman UiTM Shah Alam.
























