Advertisement

47 Delegasi UUM Berlepas Misi IMT-GT Indonesia

KLIA :Seramai 47 org delegasi Universiti Utara Malaysia (UUM) telah bertolak ke Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia bagi menyertai Karnival Varsiti IMT-GT yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Delegasi UUM berlepas dari lapangan terbang KLIA 2 dengan semangat tinggi untuk mewakili universiti dalam pelbagai acara sukan dan kebudayaan peringkat antarabangsa.

Penyertaan UUM dalam karnival ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan serantau dalam kalangan institusi pengajian tinggi di rantau IMT-GT serta mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.