SINTOK, 23 Ogos 2026 – Penjenamaan Inapan Siswa ANGKASA Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi antara langkah strategik dalam memperkukuh pembangunan keusahawanan mahasiswa melalui pendekatan koperasi.

Inisiatif ini selari dengan kerjasama strategik UUM dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menerusi Memorandum Persefahaman (MoA) yang turut dihadiri Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, serta menyaksikan penyerahan cek cura berjumlah RM350,000 kepada UUM.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, berkata UUM melihat potensi untuk menyusun aktiviti perniagaan mahasiswa di bawah satu badan koperasi pelajar sebagai medan untuk mereka mempelajari pengurusan perniagaan secara praktikal.
Menurut beliau, pendekatan tersebut penting bagi memastikan mahasiswa bukan sahaja mempunyai pengetahuan akademik, malah memperoleh pengalaman mengurus perniagaan dan koperasi yang menjadi nilai tambah selepas menamatkan pengajian.
Sehubungan itu, Inapan Siswa ANGKASA berpotensi menjadi platform pembelajaran keusahawanan mahasiswa, dengan penglibatan dalam aspek pengurusan, operasi dan perkhidmatan secara langsung.
Usaha ini diharap dapat melahirkan mahasiswa yang lebih berdikari, berdaya saing dan mempunyai pengalaman keusahawanan yang relevan dengan keperluan dunia pekerjaan serta ekonomi masa hadapan.














