Malaysia masih perlu mengimport kira-kira 26 juta liter susu segar bagi memenuhi permintaan domestik, dengan tahap sara diri susu segar berada sekitar 62 peratus pada 2024.
Menurut Dr. Noor Syahera Ibrahim, Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), peningkatan produktiviti perlu diberi keutamaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada import, termasuk melalui penambahbaikan genetik ternakan, pengurusan makanan, teknologi pemerahan serta pemantauan kesihatan haiwan.
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara universiti, kerajaan dan industri dalam memperkukuh penyelidikan serta menterjemahkan hasil inovasi kepada amalan sebenar di ladang.












