Advertisement

PUSPA Raih Dua Pingat Emas dan Satu Pingat Perak serta Pengiktirafan Ikon Ulul Albab Malaysia

TANJONG MALIM, 31 Oktober 2026 — Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), mencatat pencapaian membanggakan dalam Misi Pencarian Ikon Ulul Albab Malaysia Siri 8.0 dan Ulul Albab Innovation Competition Exhibition (UA-ICE) 4.0 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dalam pertandingan Ikon Ulul Albab Malaysia kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Muhammad Akif bin Riza Hadaafi meraih saguhati tempat keempat, manakala Aisyah binti Rusli memperoleh saguhati tempat kelima. Kejayaan kedua-dua wakil UniSZA di pentas akhir menjadi kebanggaan warga PUSPA.

Kumpulan inovasi PUSPA turut membawa pulang dua pingat emas dan satu pingat perak, dengan keputusan berikut:

✅ HealFlex Pingat emas dan tempat keempat
✅ Murajaah Tracker Pingat emas
✅ Plastmilk Pingat perak

Penyertaan ini memberi peluang kepada pelajar mengetengahkan kreativiti, mengasah kemahiran pembentangan dan membina keyakinan diri. Pengalaman tersebut turut menyokong usaha PUSPA mengembangkan potensi pelajar melalui penghayatan nilai Ulul Albab dan pembudayaan inovasi.

Setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar PUSPA atas usaha dan komitmen yang dicurahkan. Penghargaan turut diberikan kepada para pensyarah pembimbing dan semua pihak yang menyokong penyertaan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian warga PUSPA pada masa hadapan.

Life begins at PUSPA.

#puspa
#asasiunisza
#ululalbab
#uniszapastitahu
#flexs

Total Views: 3