Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya menganjurkan Bengkel Kerja Latihan Guru STEM Berbantukan Kecerdasan Buatan (AI) Daerah Besut Tahun 2026 yang melibatkan seramai 312 orang guru sekolah rendah dan menengah menerusi empat siri bengkel.
Bengkel ini melibatkan empat kluster utama, iaitu Sains, Matematik, Teknologi dan Komputer serta Kejuruteraan dan Vokasional. Penganjurannya bertujuan memperkasakan kemahiran guru dalam mengintegrasikan teknologi AI ke dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), sekali gus menggalakkan pendekatan pendidikan STEM yang lebih kreatif, inovatif dan berkesan.
👩🏫 10 TENAGA PENGAJAR BERGANDING BAHU
Kejayaan penganjuran ini turut disokong oleh barisan 10 tenaga pengajar yang terdiri daripada lapan pensyarah FIK UniSZA dan dua guru sekolah.
- Ts. Dr. Tuan Norhafizah Binti Tuan Zakaria
- Dr. Elissa Nadia Binti Madi
- Dr. Raja Hasyifah Binti Raja Bongsu
- Dr. Siti Dhalila Binti Mohd Satar
- Dr. Wan Aezwani Binti Wan Abu Bakar
- Dr. Sharifah Sumayyah Binti Engku Alwi
- Dr. Norhidayah Binti Muhammad
- Puan Azilawati Binti Rozaimee
- Encik Ahmad Khairi Bin Mat Ali – SMK Permaisuri Nur Zahirah
- Encik Muhd Fazli Bin Dollah – SMK Jabi
👏 Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh barisan tenaga pengajar, fasilitator (barisan Persatuan Mahasiswa FIK), pasukan Unit Teknikal & Fasiliti (UTF) serta semua pihak yang telah menjayakan keempat-empat siri bengkel ini. Terima kasih juga kepada 312 orang guru yang telah memberikan komitmen dan penyertaan sepanjang program berlangsung.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan di sekolah masing-masing serta menjadi pemangkin kepada inovasi dalam pendidikan STEM.
🚀 FIK terus komited memperkukuh hubungan antara universiti, sekolah dan komuniti dalam usaha memperkasakan pendidikan digital serta melahirkan generasi masa depan yang celik teknologi dan bersedia menghadapi cabaran era AI.














