Advertisement

PERSEMBAHAN NASYID @ HARI TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN SK DUYONG

Kumpulan nasyid KAFI dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tampil memukau para penonton menerusi persembahan khas sempena Program Hari Terbuka Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong, baru-baru ini.

Alunan harmoni dan penyampaian mesej dakwah santai yang dibawakan oleh kumpulan tersebut bukan sahaja menggamit suasana, malah berjaya memikat hati warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat yang hadir memeriahkan sambutan abad bersejarah berkenaan.

Tahniah diucapkan kepada Kafi UniSZA atas persembahan hebat dan Syabas SK Duyong atas penganjuran Hari Terbuka Sambutan 100 Tahun yang julung kali diadakan ini!

#PKWUniSZA #Anggap Selesai #MunsyeedUniSZA #GemaSatuSuara

Total Views: 2