Advertisement

Program Mobiliti Inbound Antarabangsa: JKPSRS Inasis Tradewinds Pacu Pertukaran Ilmu Bersama Universiti Prince Of Songkla

SINTOK, 6 Mei 2026: Seramai 24 orang pelajar dari Prince of Songkla University (PSU), Thailand telah menyertai Program Tradewinds Inbound Mobility: Wander, Learn, and Serve to Songkla di Universiti Utara Malaysia (UUM). Program berkonsepkan hibrid anjuran INASIS Tradewinds ini telah berlangsung selama 14 hari bermula dari 23 April hingga 6 Mei 2026.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan mobiliti pelajar dan pengalaman imersi antara budaya di rantau Asia Tenggara melalui lawatan akademik jangka pendek serta peluang pembelajaran berasaskan pengalaman.

Ia juga dirangka khusus untuk menyokong sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) universiti iaitu T6D1C30: Number of International Mobility Programs, di samping memperkukuh hubungan antarabangsa yang telah terjalin bersama UPS sejak tahun 2019.

Sepanjang program berlangsung, inisiatif ini menggalakkan pertukaran ilmu baharu dan percambahan idea apabila pelajar dari PSU turut dilibatkan secara aktif sebagai peserta dan fasilitator. Penglibatan secara langsung ini memberi pendedahan bermakna kepada para pelajar mengenai sistem pendidikan, pendekatan pembelajaran serta amalan rentas sempadan yang berbeza antara institusi.

Melalui persekitaran pembelajaran yang pelbagai, program ini dilihat berjaya memperkasakan perspektif global para pelajar. Ia membantu mahasiswa membina kefahaman yang lebih mendalam terhadap kepelbagaian silang budaya, struktur sosial dan kerangka akademik dalam konteks antarabangsa.

Menurutnya, inisiatif mobiliti masuk ini bukan sahaja menjadi medan untuk memperluaskan kefahaman rentas budaya melalui imersi akademik antarabangsa, malah turut mengukuhkan jalinan kerjasama erat serta pertukaran idea berasaskan pengalaman antara mahasiswa serantau.

Berita dan gambar oleh: Azri Badrul Hisham dan Muhammad Syahmi Na’im Noor Azhari