Advertisement

UniSZA Semarak Kebersamaan Komuniti Menerusi Fiesta Lestari Madani 2026

BESUT, 21 Oktober 2026 – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus memperkukuh hubungan bersama komuniti menerusi penganjuran Fiesta Lestari Madani 2026 yang menyemarakkan semangat kebersamaan, gaya hidup sihat dan kelestarian dalam kalangan masyarakat.

Antara pengisian utama ialah Program Santai Lestari yang merangkumi aktiviti senamrobik dan fun walk, berlangsung meriah di Kompleks Akademik dan Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut.

Program tersebut menghimpunkan warga UniSZA, pelajar sekolah dan komuniti setempat dalam suasana ceria dan harmoni, sekali gus menjadi platform mengeratkan hubungan antara universiti dengan masyarakat melalui aktiviti santai yang berfaedah.

Selain menggalakkan amalan hidup aktif dan sihat, program ini turut menyemai kesedaran tentang kepentingan kelestarian serta membudayakan semangat kerjasama dan perpaduan dalam komuniti.

Penganjuran Fiesta Lestari Madani 2026 mencerminkan komitmen UniSZA untuk terus mendekati masyarakat melalui program yang inklusif, berimpak dan mampu membina kesejahteraan bersama.

#DemiUniSZA
#banggakumenjadiwargamu

Total Views: 13