Advertisement

UniSZA CETUS DIMENSI BAHARU KEPIMPINAN MELALUI UNIVERSITY TALENT LEADERSHIP RETREAT 2026

I Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memperkukuh agenda pembangunan bakat dan kepimpinan strategik menerusi University Talent Leadership Retreat UniSZA 2026, yang menghimpunkan 80 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dari 2 hingga 5 September 2026.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar UniSZA dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia dirasmikan oleh Pendaftar UniSZA, Encik Muzafar bin Mohd Din bersama Encik Kamarulzaidi bin Mohd Zain, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia(AKM), Pejabat Perdana Menteri Negeri Terengganu. Progam ini bertujuan untuk memberi fokus kepada pengukuhan kepimpinan, kompetensi, integriti, jati diri serta kesiapsiagaan organisasi dalam menghadapi perubahan.

Retreat ini menjadi wadah membina barisan bakat yang berfikiran strategik, berintegriti dan berkeupayaan menerajui transformasi, selaras dengan aspirasi UniSZA untuk membentuk organisasi yang dinamik dan berdaya tahan.

Program ini bukan sekadar retreat, tetapi merupakan satu langkah yang strategik dalam membina kepimpinan hari ini untuk mencorak masa depan UniSZA.

Total Views: 1