KUALA NERUS, 29 OKTOBER 2026 – Seramai 20 mahasiswa telah dipilih sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi Sesi 2026/2027 menerusi pengumuman keputusan pemilihan yang berlangsung di Dewan Perdana, malam ini.
Keputusan pemilihan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP UniSZA Sesi 2026/2027, Wan Nur Ilmi Hasanah binti Wan Noor Ikram.
Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 33 calon menawarkan diri, terdiri daripada 10 calon bagi kerusi umum dan 23 calon bagi kerusi fakulti. Daripada keseluruhan 14,758 orang pengundi yang layak, seramai 63.79 peratus telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Bagi kerusi umum, enam calon telah memperoleh mandat mahasiswa, iaitu:
- Siti Nor Nabilah binti Azman
- Ferina binti Michael
- Alya Dalila binti Abdullah
- Mohammad Hazman bin Mohmad Mohmiddin
- Muhammad Amir Nawfal bin Mohd Norizam
- Abdul Wafi bin Mohamad
Sementara itu, 14 wakil yang memenangi kerusi fakulti ialah:
- FKI – Ahmad Danial bin Hamzah
- FKI – Siti Hazriani binti Kadir
- FSSG – Harith Luzman bin Hanif
- FSK – Azem Izzuddin bin Azmi
- FF – Muhammad Farihin Danish bin Mohd Fanizan
- FBIM – Muhammad Danish Akasyah bin Mohamad Masria
- FRIT – Maztul Mazirah binti Mazri
- FUHA – Nur Damia Iman binti Mohd Ikmar Hezam
- FPP – Nurul Alyssa Irdina binti Aminuddin
- FPP – Zikry Hazman bin Md Zakri
- FP – Saidatul Khadijah binti Abdul Rahman
- FBK – Fatin Noriesya Eezla binti Shahrir
- FIK – Noor Haiqal Raqiemee bin Noor-Hisyam
- FPV – Amna Syahirah binti Hamran
Pemilihan MPP merupakan platform penting dalam memperkukuh amalan demokrasi kampus serta memberikan ruang kepada mahasiswa untuk menentukan kepimpinan yang bakal membawa suara, aspirasi dan kepentingan mereka di peringkat universiti.
Mandat yang diberikan ini turut membawa tanggungjawab besar kepada barisan kepimpinan mahasiswa untuk menggalas amanah dengan penuh integriti, komitmen dan semangat kebersamaan dalam menjayakan agenda pembangunan mahasiswa yang holistik.
Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya. Semoga barisan MPP UniSZA Sesi 2026/2027 dapat memainkan peranan sebagai penghubung strategik antara mahasiswa dengan pihak universiti, sekali gus menyumbang kepada pembentukan ekosistem kampus yang progresif, inklusif dan berdaya saing.
Demi UniSZA, suara mahasiswa, amanah kepimpinan.













