PULAU LANGKAWI, 21–22 OGOS 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Fakulti Undang-Undang (FUU UKM) telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Program Pemukiman dan Mesyuarat Majlis Dekan Undang-Undang (MDU) Universiti Awam Kali Ke-39 yang bertempat di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), ALAF UKM.



Penganjuran program pemukiman dan mesyuarat berkala ini merupakan platform penting untuk membincangkan isu-isu strategik berkaitan pendidikan perundangan di Universiti Awam. Pada masa yang sama, ia menjadi ruang terbaik untuk memperkenalkan serta mempamerkan fasiliti dan penyelidikan berimpak tinggi yang dijalankan oleh UKM.
Komitmen berterusan ini jelas mencerminkan peranan aktif UKM dalam menerajui, memacu, serta memartabatkan kecemerlangan pendidikan tinggi perundangan di peringkat kebangsaan.












