Advertisement

Mahasiswa UIAM Bimbing 60 Pelajar SMK Bukit Indah Melalui Kem Kepimpinan Generasi Madani

BUKIT INDAH, – Kelab Mahasiswa MADANI Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bekerjasama dengan pihak pentadnbiranSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Indah bagi menganjurkan Kem Kepimpinan Generasi MADANI pada 20 hingga 21 Oktober 2026, melibatkan seramai 60 orang pelajar Tingkatan 4.

Program yang berlangsung selama dua hari di SMK Bukit Indah ini dibimbing oleh 17 orang fasilitator daripada Kelab Mahasiswa MADANI UIAM dengan menggunakan Modul Ihsan MADANI sebagai panduan utama sepanjang pelaksanaan kem.

Modul tersebut diterapkan melalui aktiviti kepimpinan dan pembelajaran bagi memupuk nilai ihsan, membina jati diri serta meningkatkan kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab mereka sebagai pemimpin muda.

Kerjasama antara mahasiswa UIAM dengan pihak sekolah turut menyediakan ruang kepada para peserta untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan melalui bimbingan fasilitator dan pengalaman pembelajaran secara langsung.

Penganjuran kem ini bertujuan membentuk generasi muda yang berakhlak, bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat, di samping memperkukuh penghayatan nilai MADANI dalam kalangan pelajar sekolah.

Inisiatif ini turut mencerminkan peranan mahasiswa dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti melalui perkongsian ilmu, bimbingan dan penglibatan dalam aktiviti pendidikan

Total Views: 26