UMS terus memperkasakan potensi belia menerusi International Conference on Youth Economy and Advocacy 2026 (YEA2026),
bertemakan “Empowering Youth in the AI Era : Innovation, Inclusion and Advocacy. Persidangan sulung ini anjuran Pusat Pembangunan dan Dasar Ekonomi (CEDP), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) menghimpunkan ahli akademik, penyelidik, pembuat dasar dan pengamal industri bagi meneroka peluang ekonomi dan inovasi serta advokasi belia dalam era kecerdasan buatan (AI).
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Dr. Raman Noordin, menegaskan bahawa belia bukan sekadar tenaga kerja malah berpotensi menjadi usahawan, inovator dan pencipta peluang ekonomi dengan memanfaatkan AI secara kreatif, inklusif dan bertanggungjawab.
Potensi (AI) bakal membuka ruang kepada golongan muda di Sabah untuk meneroka penyelesaian inovatif dalam sektor pelancongan, pertanian, perkhidmatan digital dan perusahaan sosial, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan.
Ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi YEA2026, Prof. Madya Dr. Janice Nga Lay Hui.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud, diwakili oleh Pengarah Parlimen Sepanggar, Ahsim Jamat.
Persidangan ini turut dimeriahkan dengan pelbagai program sampingan, termasuk GrowForward, FreeLance Forward, LiveWell@Youth, Future is HERe, mUsic4Every1 dan UMS Sunset Autism Run (USAR) 2026.














