Advertisement

Aiena Batrisyia Sulaiman Johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2026

Oleh : Ahmad ‘Izzuddin Yunus

Tahniah diucapkan kepada Aiena Batrisyia Sulaiman daripada Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws yang mewakili Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (Kategori Alam Melayu) 2026.

Kejayaan tersebut membuktikan keupayaan mahasiswa Malaysia untuk terus menyerlah di pentas antarabangsa menerusi penguasaan pengucapan awam, pemikiran kritis serta penghayatan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan serantau.

Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama institusi dan negara, malah menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk terus aktif mengembangkan potensi diri dalam bidang kepimpinan, komunikasi dan pemartabatan Bahasa Melayu di peringkat global.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan serta memperkukuhkan semangat generasi muda dalam memartabatkan bahasa kebangsaan di persada dunia.