Advertisement

42 Peserta Tiga Negara Sertai Boot Camp Wa’iz Citra 2026

KUALA TERENGGANU, 20 Oktober 2026 – Seramai 42 peserta dari Malaysia, Brunei dan Indonesia menyertai Boot Camp Wa’iz Citra 2026: Pencarian Ikon Mahasiswa Versatil yang berlangsung selama lima hari empat malam, bermula 20 hingga 24 Oktober ini di UniCAMP Merang dan UniSZA Kampus Gong Badak.

Program ini menghimpunkan mahasiswa bagi mengharungi pelbagai aktiviti dan cabaran yang dirangka untuk mengasah bakat, membina keyakinan diri, memperkukuh kemahiran kepimpinan serta menyerlahkan potensi sebagai mahasiswa versatil.

Boot camp ini menjadi platform penting dalam membentuk generasi mahasiswa yang berani mencabar diri, kreatif, berdaya saing dan berupaya menyampaikan mesej yang bermanfaat kepada masyarakat.

Wa’iz Citra 2026: Berani Mencabar Diri, Bersedia Menjadi Ikon Mahasiswa Versatil!

#WaizCitra #PencarianIkonMahasiswaVersatil #WaizCitra2026 #UniSZA #IlmuDemiFaedahInsan

Total Views: 22