Advertisement

ZAWAF UiTM Ringankan Beban Ainun Sambung Belajar

Oleh: Mohd Azfar Syukri Yusien

BATU GAJAH, 29 September 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa terus menjadi keutamaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi pelaksanaan program Ziarah ZAWAF yang menyantuni pelajar asnaf di Kampung Sentang, Batu Gajah, Perak.

Ziarah ZAWAF UiTM merupakan satu siri program anjuran Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) bertujuan untuk membantu mahasiswa yang memerlukan melalui penyampaian bantuan bagi meringankan beban mereka. Program kali ini mendapat kerjasama dari Unit Hal Ehwal Islam, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

Pengarah ZAWAF, Prof. Madya Dr. Najahudin Lateh telah menyantuni Ainun Syakirah. Turut hadir adalah Mohd Norzarir Arshad, Timbalan Pendaftar (Hal Ehwal Islam) Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak dan beberapa pegawai ZAWAF dan juga Unit Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

Dr. Najahudin beramah mesra bersama Ainun Syakirah.

Ainun Syakirah turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan serta bantuan yang diberikan oleh pihak UiTM.

Program seumpama ini mencerminkan usaha berterusan universiti dalam memastikan aspek kebajikan mahasiswa terus diberi perhatian, khususnya dalam membantu golongan pelajar yang memerlukan sokongan sepanjang tempoh pengajian.

Delegasi Bahagian ZAWAF dan Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Perak ketika mengadakan kunjungan ke kediaman pelajar di Kampung Sentang, Batu Gajah

Total Views: 18