Advertisement

UUM Kasih: Rahsia Sokongan Kebajikan Terbaik Pelajar Baharu

SINTOK — Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi slogan “Melestari Budi, Menyemai Bakti” memperkukuh komitmen keprihatinan terhadap kebajikan penuntutnya menerusi program UUM Kasih. Inisiatif ini menawarkan pelbagai skim bantuan kewangan, pemakanan, serta kelengkapan asas khusus untuk menyokong dan merancakkan pengajian pelajar baharu.

Antara inisiatif utama dan kemudahan bantuan kebajikan yang disediakan meliputi:

Bantuan Awal Pengajian & Bantuan Khas: Bantuan kewangan sehingga RM500 untuk pendaftaran/persediaan kemasukan pelajar B40 serta bantuan peralatan pembelajaran sehinga RM10,000 secara one-off.

Bantuan Sara Hidup & Zakat: Agihan zakat semester, tajaan/pembiayaan pengajian, serta elaun sara hidup sehingga RM500 bagi golongan B40 dan asnaf.

Kesihatan & Perubatan: Pembiayaan bil rawatan hospital sehingga 20%, perkhidmatan pinjaman peralatan perubatan, serta inisiatif perubatan dan pergigian.

Sekuriti Makanan: Program Food Bank, Dapur Rahmah, Dapur Siswa Madani, dan Menu Kasih Siswa bagi memastikan kebajikan makanan pelajar sentiasa terjaga.

Sokongan Pelajar OKU & Musibah: Kemudahan peranti pembelajaran OKU, perkhidmatan psikososial, bantuan kewangan musibah sehingga RM1,000, dan khairat kematian.

Maklumat Permohonan & Pertanyaan

Pelajar baharu boleh mendaftar permohonan Bantuan Awal Pengajian melalui borang dalam talian (Google Form) dengan mengimbas kod QR yang disediakan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UUM:

Telefon: 04-928 4085 / 4088 / 4089
WhatsApp: 04-928 4087
E-mel: sssdhep@uum.edu.my