KUALA NERUS – Membuktikan bahawa mahasiswa UniSZA memiliki potensi luar biasa untuk menyerlah sebagai pemimpin dan inspirasi generasi muda, Musfirah binti Mohd Faiz Hakimi, pelajar Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), berjaya dinobatkan sebagai Johan Wai’z Citra Malaysia 2026 bagi Kategori Perempuan.
Kejayaan membanggakan itu berlangsung menerusi pertandingan yang diadakan pada 27 Oktober 2026 bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA, sekali gus melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.
Pengiktirafan ini bukan sekadar kemenangan dalam sebuah pertandingan, malah menjadi bukti keupayaan mahasiswa mengangkat potensi diri, menyerlahkan keyakinan serta menampilkan keperibadian dan kualiti kepimpinan sebagai ikon mahasiswa universiti.
Kejayaan Musfirah turut mencerminkan bahawa mahasiswa UniSZA mempunyai ruang dan peluang untuk mengembangkan bakat serta membina kredibiliti diri melalui penglibatan dalam program yang menguji kemampuan, kematangan pemikiran dan keterampilan individu.
Lebih membanggakan, pencapaian ini turut mengangkat nama Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) dan UniSZA sebagai institusi yang terus melahirkan mahasiswa berpotensi, berketerampilan serta mampu bersaing dalam pelbagai platform pembangunan diri.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa UniSZA, khususnya mahasiswi, untuk terus berani menyahut cabaran, menggilap potensi dan membuktikan bahawa kecemerlangan mahasiswa bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik, malah turut terserlah melalui kepimpinan, sahsiah dan keupayaan membawa pengaruh positif kepada masyarakat.
Syabas dan tahniah, Musfirah! Terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada warga kampus.
#UniSZA #MahasiswaUniSZA #WaiZCitra2026 #IkonMahasiswa #KemenjadianMahasiswa #FKI













