Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Program Daurah FlexS khusus kepada warga FUHA pada 12 Ogos 2026.
Program dimulakan dengan pembuka bicara oleh Pengerusi Majlis, diikuti dengan ucapan aluan oleh Dekan FUHA. Sesi utama program menampilkan ceramah bertajuk “Kesihatan Mental: Kunci Kecemerlangan Organisasi” yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Mahmud, Pensyarah Universiti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Perkongsian yang disampaikan memberikan pendedahan dan kesedaran kepada warga FUHA mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental serta membina kesejahteraan diri dalam mewujudkan persekitaran kerja yang positif, harmoni dan produktif. Program turut diserikan dengan sesi interaksi dan soal jawab (Q&A) yang memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pandangan serta mendapatkan penjelasan berkaitan aspek kesihatan mental di tempat kerja.
Semoga Program Daurah FlexS ini dapat terus menjadi wadah pengisian ilmu dan perkongsian yang bermanfaat dalam memperkukuh kesejahteraan warga FUHA serta menyokong pembentukan organisasi yang lebih sihat, cemerlang dan berdaya saing.











