Telah berlangsung Bengkel Aplikasi Artificial Intelligence (AI) dalam Pengajaran pada 23 September 2026 bertempat di Dewan Seminar, Blok F-2, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM).
Perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Wan Anwar Fahmi Wan Mohamad dan Dr. Noor Asidah Mohamed, pensyarah FBIM yang telah menjalani Training of Trainers – Teaching With Artificial Intelligence (AI). Program ini disertai oleh hampir 30 orang peserta dalam kalangan staf akademik FBIM dan Fakulti Farmasi.


Bengkel ini memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam mengaplikasikan teknologi AI secara praktikal dalam pengajaran, selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan semasa.
Terima kasih kepada semua penceramah dan peserta atas komitmen serta penyertaan yang diberikan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memperkasa pengajaran dan pembelajaran di FBIM












