Advertisement

Cipta Ruang Tenang Dalam Kaca: Program Terrarium UPSI Bantu Warga Kampus ‘Reset’ Jiwa

oleh : Muhammad Syamim Aiman Abd Hamid

TANJONG MALIM, 11 September 2026 – Di tengah-tengah kesibukan tugas dan rutin akademik yang padat, Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membawakan kelainan dengan menganjurkan Program Terrarium Through Healing (TTH): Siri 1.

Berlangsung di Bilik Seminar Aminuddin Baki, Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), program berteraskan tema “Disrupted Minds: Finding Calm Through Nature” ini berjaya menarik penyertaan warga UPSI untuk ‘berhenti seketika’ dan merehatkan minda menerusi sentuhan alam semula jadi.

Slot psikoedukasi oleh pegawai Pusat Kaunseling UPSI memberi pendedahan awal mengenai terapi berasaskan alam

Di bawah naungan Emocare Wellness Series 2026, program ini menggunakan aktiviti mereka bentuk terrarium bukan sekadar sebagai seni kreatif, malah sebagai instrumen terapi psikologi yang santai dan bermakna.

Menurut Pengarah Pusat Kaunseling UPSI, Dr. Pau Kee, pendekatan terapi berasaskan alam (nature-based therapy) semakin relevan dalam membantu warga kampus mengurus tekanan secara sihat:

Peserta memulakan aktiviti dengan sesi Mind Check-In bagi menilai status emosi dan minda masing-masing

“Kehidupan warga universiti sering diuji dengan pelbagai tekanan dan cabaran persekitaran. Melalui program ini, kami mahu menyediakan ruang selamat untuk mereka memperlahankan rentak (slow down). Terrarium bukan sekadar hiasan dalam kaca, tetapi satu simbolik bahawa kita berhak membina persekitaran yang tenang dan seimbang buat diri sendiri. Kami mahu memupuk kesedaran penjagaan kendiri yang kreatif dan lebih dekat dengan kehidupan seharian.”

Dikendalikan oleh Encik Muhammad Syamim Aiman Abd Hamid selaku Pengarah Program dengan kerjasama fasilitator BYCA Design, para peserta memulakan aktiviti dengan sesi Mind Check-In: “How Is Your Mind Today?” serta mini psikoedukasi. Peserta turut digalakkan menetapkan niat peribadi menerusi slot Personal Intention Setting: “What Do I Want to Grow?”.

Peserta tekun mengadun kreativiti dan fokus semasa membentuk ekosistem mini dalam balang kaca

Kemuncak program menyaksikan peserta menghasilkan ekosistem mini masing-masing dalam Nature Based Therapeutic Workshop. Pengalaman hands-on ini disusuli dengan sesi refleksi “My Terrarium, My Story” dan Sharing Circle, di mana peserta saling berkongsi makna di sebalik terrarium yang dicipta sambil merekodkan perjalanan emosi mereka di dalam Reflection Workbook.

Pusat Kaunseling UPSI berharap inisiatif inovatif ini dapat diteruskan sebagai platform berterusan untuk memperkasakan kesejahteraan emosi dan mental warga universiti.