Oleh : NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Penerbitan BHEPA

USM PULAU PINANG, 31 Oktober 2026 : Sekretariat Ekspo Konvokesyen (ConvEx) hari ini telah mengadakan acara USM Colour Run buat kali ke-5 dengan penyertaan berskala besar seramai 4000 orang pelajar termasuk pelajar dari Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin dan orang awam.
Bertempat di Padang Kawad Kampus Induk USM, Pulau Pinang, acara dimulakan dengan sesi senaman ringan sebelum memulakan larian yang bertemakan “Break the Frame” sejauh 5KM.

Perasmian dan pelepasan acara larian pada jam 8.00 pagi telah disempurnakan oleh Puan Siti Aishah Abdul Raffar, Ketua Pentadbir BHEPA dan turut dihadiri oleh Encik Ahmad Assahirin Hamlet, Sektor Pengkayaan Bakat Seni & Budaya, Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA dan Saudara Muhammad Airul Afzan Azlan, Pengarah Projek Bersama ConvEx 2026.
“Syabas dan tahniah kepada Sekretariat ConvEx 2026 kerana berjaya mengadakan sekali lagi program larian yang melibatkan penyertaan pelajar berskala besar ini.
“Dapat dilihat daripada elemen HEBAT melalui sistem gerak kerja ConvEx sendiri mampu melatih pelajar supaya cekap dalam aspek pentadbiran dan pengurusan bisnes secara professional,” ujarnya lagi.



“Saya berharap agar USM kekal menjadi sebuah universiti yang memimpin dalam penganjuran program yang berskala besar seperti ini.” ujarnya lagi.
Pengarah Projek ConvEx’26 Color Run, Aliff Ameerul Haziq Mohd Khairul Nizam pula berkata, acara ini adalah sebuah pengalaman yang kita dapat berkongsi gelak tawa dan keriangan bersama.
“Buat pelajar tahun pertama, selamat datang dan buat pelajar senior selamat kembali. kepada mantan dan orang awam, terima kasih kerana sudi hadir ke USM,” katanya lagi.













