Fakulti Biosumber & Industri Makanan (FBIM), UniSZA turut serta dalam Karnival Jualan Agro, Makanan & Kraf (JAMAK 2026) yang telah berlangsung pada:
27 September 2026 (Ahad)
Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur
Antara hasil pertanian dan ternakan yang dipasarkan ialah:
Sayur-sayuran
Bendi, timun mini, terung, petola, limau kasturi, lada solok, lada panjang, cili api, kacang panjang, terung ulam, pegaga, salom, ulam raja, pucuk gajus, pucuk paku, kacang botol dan ulam-ulaman.
Buah-buahan
Duku, rambutan, jagung dan keledek.
Hasil ternakan
Kambing perap dan daging lembu segar.
Selain hasil pertanian dan ternakan, FBIM turut memasarkan produk hasil penyelidikan dan inovasi fakulti, antaranya Minyak Gelam, Baby Oil, Bonda Oil, Gela Guard, Kordial Roselle, Keropok Daun Kunyit, Kerepek Vitato, Chili Oil dan pelbagai produk lain.
Penyertaan dalam Karnival JAMAK yang dianjurkan secara tahunan ini bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti untuk mendapatkan hasil ladang secara langsung, malah menjadi platform untuk memperkenalkan dan memasarkan hasil pertanian, ternakan serta produk inovasi UniSZA. Pada masa yang sama, program ini turut membuka ruang untuk memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama antara universiti, pihak masjid, agensi dan komuniti.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Karnival JAMAK 2026. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh dan memberi manfaat yang berterusan kepada komuniti.












