Advertisement

UniSZA & UPM MENGUKUHKAN HUBUNGAN AKTIVITI KEBUDAYAAN

Pusat Kesenian dan Warisan, Universiti Sultan Zainal Abidin (PKW UniSZA) menerima kunjungan Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (PKKSSAAS UPM) pada 29 September 2026.

Delegasi PKKSSAAS UPM diketuai oleh YBrs. Encik Husalshah Rizal bin Hussian selaku Pengarah disambut dengan penuh mesra oleh barisan mahasiswa Performing Arts Leadership (PEARL) yang juga menyertai sesi perkongsian bertajuk Prakarsa Pemerkasaan Seni Budaya dan Warisan.

Pengarah PKW UniSZA, YBrs. Encik Shahzool Hazimin bin Azizam semasa menyampaikan ucapan aluan memberitahu bahawa UniSZA sangat bertuah dipilih sebagai destinasi lawatan UPM kerana kolaborasi aktiviti kebudayaan di antara kedua universiti akan dirancakkan dengan kekuatan masing-masing yang pasti memberi manfaat besar kepada semua mahasiswa terlibat.

Demi UniSZA!

Total Views: 2