Oleh : Mohd Izzat bin Shafie @ Mohd Alias
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) telah berjaya menganjurkan program “Townhall Muhibbah: Aspirasi Mahasiswa” yang membawa tema Kemampanan Universiti.
Program dua (2) hari ini ini dijadualkan berlangsung di dua buah kampus iaitu di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang pada 10 April dan Pusat Aktiviti Pelajar (PAP), UMPSA Kampus Pekan pada 11 April bermula jam 8.30 malam.
Sesi dialog interaktif ini mendapat sambutan baik dengan penglibatan langsung daripada wakil pihak pengurusan tertinggi universiti iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed.
“Program seperti ini amat penting kerana ia menjadi medan terbaik untuk mahasiswa menyuarakan pandangan, berkongsi aspirasi serta bersama-sama membantu universiti membentuk persekitaran kampus yang lebih kondusif dan mampan” katanya.

Gambar 1: Sesi soal jawab bersama pelajar
Selain daripada sesi perkongsian dan soal jawab, program ini turut dimeriahkan dengan inisiatif kebajikan menerusi Program Santun Pelajar Mekdi menerusi pembukaan kaunter agihan baucar makanan percuma kepada para pelajar berkelayakan yang hadir, sekali gus membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka.

Gambar 2: Pembukaan kaunter untuk agihan baucar makanan.
Pada akhir program, para pelajar dan pihak pengurusan diraikan dalam satu Jamuan Muhibbah yang menyediakan ruang yang lebih santai untuk mahasiswa beramah mesra dan bertukar pandangan secara dekat bersama barisan ketua jabatan yang turut hadir seperti pengarah-pengarah di bawah JHEPA, JHEAA serta Dekan-dekan Fakulti.

Gambar 3: Sesi ramah mesra pihak pengurusan bersama pelajar.












