Oleh : Siti Ruhaida Mohamed Radhi, Unit Media dan Penerbitan BHEPA

PULAU PINANG, 30 September 2026 – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya turun padang meninjau kemudahan dan perkhidmatan sokongan pelajar bagi memastikan kelancaran serta kebajikan mahasiswa sentiasa berada dalam keadaan baik dan teratur.
Tinjauan tersebut melibatkan pemantauan perkhidmatan bas komuter di padang kawad bagi melihat sendiri operasi dan perjalanan bas yang digunakan mahasiswa, selain mengenal pasti aspek yang boleh ditambah baik dari segi kelancaran, keselamatan dan keselesaan pelajar.


Bagi mendapatkan gambaran secara langsung tentang pengalaman pelajar sepanjang menggunakan perkhidmatan berkenaan, tinjauan turut dihadiri oleh Puan Aishah Abdul Raffar, Ketua Pentadbir BHEPA, dan Encik Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman, Pegawai Tadbir Pengoperasian Bas Komuter. turut menaiki bas komuter.
Dalam perkembangan sama, Wan Ahmad Jaafar turut meninjau kafeteria bagi melihat perkhidmatan makanan yang disediakan kepada pelajar sebagai sebahagian daripada usaha memastikan kualiti dan kebajikan mahasiswa sentiasa diberi perhatian.
Tinjauan berkenaan mencerminkan komitmen BHEPA untuk memastikan kemudahan serta perkhidmatan sokongan pelajar terus dipantau secara dekat dan ditambah baik secara berterusan selaras dengan keperluan mahasiswa sepanjang mengikuti pengajian di USM.












