Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya melonjak ke kedudukan 801–1000 dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2027, berbanding kedudukan 1001–1200 pada tahun 2026.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan UniSZA dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan dan impak universiti di peringkat global.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga UniSZA atas usaha, dedikasi dan komitmen yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga UniSZA terus melangkah lebih jauh dan mencipta lebih banyak kejayaan di persada dunia.
Ilmu Demi Faedah Insan | Knowledge for the Benefit of Humanity












