Advertisement

PROGRAM MAHASISWA NEGARA KPT KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 2026

Program Mahasiswa Negara anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi pelaksanaan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI 2026 Siri 1 bagi Zon Sabah telah berlangsung pada 17 hingga 19 Mei 2026 bertempat di PLKN Kundasang, Sabah.

Program ini dianjurkan bertujuan memupuk semangat kenegaraan, memperkukuh jati diri serta meningkatkan kefahaman mahasiswa terhadap konsep Malaysia MADANI dalam kalangan pelajar universiti awam.

Majlis perasmian program bagi Zon Sabah telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Encik Hirman Awang dan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (HEPA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), YBhg. Prof. Dr. Raman Noordin. Pihak urus setia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau menyempurnakan majlis perasmian program tersebut.

Program Mahasiswa Negara turut dilaksanakan serentak di beberapa zon lain iaitu Zon Selatan di PLKN Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Zon Utara di PLKN Ulu Kenas, Perak. Zon Pantai Timur di PLKN Lipis, Pahang serta Zon Tengah di PLKN Meru, Selangor. Majlis penutupan di setiap zon telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA) yang mewakili pihak KPT.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dizahirkan kepada semua universiti atas kerjasama dan komitmen dalam memastikan penyertaan para peserta sepanjang program berlangsung. Penghargaan juga diberikan kepada barisan fasilitator serta Angkatan Khidmat Malaysia (AKM) yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Secara keseluruhannya, Program Mahasiswa Negara berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam usaha melahirkan mahasiswa yang berilmu, berjati diri dan menghayati aspirasi Malaysia MADANI.