Advertisement

PESONATARI UniSZA BAKAL MERENTAS KEBIASAAN

Disuntik dengan 87 orang ahli baharu, Pesonatari UniSZA telah menganjurkan sesi perjumpaan mesra bersama ahli-ahli baharu bagi sesi 2026/2027. Pendaftaran dan suai kenal ahli baru ini diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik serta ‘ice-breaking’ interaktif bagi menarik minat, menyemarakkan rasa keterujaan dan memperkenalkan keindahan seni tari kepada para siswa baharu.

Selain aktiviti suai kenal, sesi ini turut diisi dengan perkongsian ringkas mengenai latar belakang kumpulan serta aktiviti seni yang bakal dijalankan. Melalui pendedahan mesra dan kebersamaan ini, perjumpaan tersebut berjaya memupuk semangat kekeluargaan, merapatkan silaturahim, serta membangkitkan keterujaan ahli baharu untuk bersama-sama menggiatkan aktiviti seni budaya di UniSZA.

Demi UniSZA!

Total Views: 48