Kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) secara santai sewaktu rehat tengahari di Kafe Pelajar, Kolej Kediaman UniSZA mengundang pelbagai reaksi daripada para mahasiswa.

Naib Canselor meluangkan masa sekitar satu jam untuk menyantuni para mahasiswa serta bertanya khabar perihal akademik dan kebajikan mereka. Mahasiswa yang didekati sangat teruja dengan sapaan, kata-kata semangat dan perbualan mesra yang dihulurkan, tidak kurang juga dengan peradaban terpuji para mahasiswa yang sanggup menunggu untuk Naib Canselor singgah di meja mereka.


Semoga detik ini menjadi satu lipatan memori indah buat semua mahasiswa yang terlibat dan menjadi motivasi untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya membanggakan keluarga masing-masing.
Demi UniSZA!















