Advertisement

KELAB-KELAB KESENIAN TERIMA 807 PERMOHONAN KEAHLIAN BAHARU

Sebelas kelab kesenian mahasiswa UniSZA yang diterajui oleh Performing Arts Leadership telah menarik minat 807 permohonan keahlian kelab daripada kalangan mahasiswa baharu.

Sebelas kelab yang terlibat adalah Hadi Ar Rukban (Qasidah), Kelab Media Seni & Teknikal, Pesonatari, Munsyeed, DeMahameru (Muzik Moden), PEARL Voice Lab (Pengacaraan), Astanasari (Gamelan), Anjung Kreatif (Teater), Kelab Citra Puisi, Vokal Harmoni (Koir) dan Arjuna Warisan (Dikir Barat).

Sokongan berterusan dan peluang yang diberikan oleh pihak Pengurusan Universiti telah membuka seribu peluang yang tersedia untuk para mahasiswa terus menghayati semangat ‘DEMI UniSZA’ seperti yang dihasratkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA):

D – Disiplin
E – Eksplorasi
M – Muafakat
I – Integriti
UniSZA

Sebahagian foto-foto latihan berkala kelab-kelab kesenian.

Total Views: 70