Advertisement

Dari Dewan Senat UMPSA ke Dewan Persidangan Parlimen Malaysia

Disediakan Oleh : Siti Aishah binti Md Jenal

KUALA LUMPUR, 21 April 2026 – Persidangan Parlimen Mahasiswa UMPSA Sidang Ke-4 mencipta sejarah apabila buat pertama kali berlangsung di Dewan Persidangan Parlimen Malaysia.

Program itu melibatkan 124 ahli perwakilan mahasiswa yang membahaskan isu berkaitan kebajikan dan pembangunan mahasiswa secara profesional.

Lebih bermakna kehadiran Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul turut hadir berkongsi pengalaman dan motivasi bersama mahasiswa.

Hadir sama Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed.

Gambar 1: Amanat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul

Dalam pertemuan ini, Tan Sri Dato’ Dr Johari berkongsi pengalaman dan suntikan semnagat buat pemimpin muda dalam membina masa depan negara.

Menurutnya, “Parlimen Mahasiswa ini bukan sekadar simulasi, malah merupakan manifestasi kematangan mahasiswa dalam melontarkan idea dan membawa suara anak muda ke peringkat lebih tinggi”.

Gambar 2: Parlimen Mahasiswa UMPSA di Dewan Persidangan Parlimen Malaysia bersama barisan kepimpinan Tertinggi UMPSA selepas sidang berlangsung