Advertisement

‘Beyond The Surface’ Bantu Mahasiswa UNIMAS Fahami Kesejahteraan Diri

Oleh: Seksyen Psikologi dan Kaunseling, Pusat Khidmat Pelajar

KOTA SAMARAHAN, 14 November 2026 – Kira-kira 120 mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) daripada pelbagai fakulti menyertai Program Beyond the Surface (B.T.S.) bagi meningkatkan kesedaran tentang kesejahteraan diri melalui sesi perkongsian dan aktiviti berkumpulan.

Program anjuran Seksyen Psikologi dan Kaunseling, Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Be The Light sempena sambutan World Suicide Prevention Day (WSPD) peringkat UNIMAS 2026.

Program ini memberi ruang kepada mahasiswa untuk mengenali diri dan memahami cabaran yang mereka hadapi sepanjang kehidupan di kampus.

Peserta turut didedahkan kepada pendekatan untuk menangani cabaran tersebut dan kepentingan mendapatkan sokongan ketika memerlukannya.

Pengisian utama program telah disampaikan oleh Cik Nur Atiqah Abdullah, Pegawai Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan fasilitator.

Program itu turut dihadiri oleh Encik Lawrence Sengkuai Henry dan Encik Mohd Amin bin Mohd Ismail, kedua-duanya Pegawai Psikologi di Seksyen Psikologi dan Kaunseling, Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS.

Selain sesi perkongsian, mahasiswa mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan yang memberi mereka peluang berinteraksi, berkongsi pandangan dan membina kesedaran melalui pengalaman pembelajaran secara interaktif.

Peserta turut membentangkan hasil perbincangan kumpulan kepada rakan-rakan mereka.

Aktiviti berkumpulan semasa Program Beyond the Surface di UNIMAS

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan peserta.

Fasilitator jemputan turut menerima cenderamata sebagai penghargaan atas sumbangan mereka dalam menjayakan program.

Penyampaian hadiah kepada Peserta

Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran mahasiswa bahawa kesejahteraan diri merangkumi aspek emosi dan psikologi.

Inisiatif ini menyokong usaha UNIMAS membina budaya kampus yang prihatin terhadap kesejahteraan mahasiswa.

Total Views: 3