Sekitar suasana di sebalik tabir sesi podcast “What Say You?” Bersama Dato’ NC Siri 2 yang membincangkan topik “Mahasiswa Didahulukan: Kesejahteraan, Aspirasi dan Masa Hadapan Generasi Muda”.
Mahasiswa Performing Arts Leadership (PEARL) terus diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Naib Canselor UniSZA untuk menjadi tenaga produksi wacana bulanan interaktif ini. Kesungguhan dan kemahiran para mahasiswa pelbagai program pengajian yang terlatih dengan ilmu penyiaran media ini telah menyuntik satu evolusi dalam aktiviti kemahasiswaan terutamanya dalam arena media digital. Sokongan berterusan Naib Canselor yang diberikan melalui Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah menampakkan kemenjadian dan pasti menjadi satu added value apabila mereka memasuki pasaran kerja kelak.





Siri kali ini telah menampilkan tiga tetamu istimewa:
Encik Mohd Rafidi bin Mohd Yasin
Head Fleet Sales & Corporate Affairs, New State Group
Encik Mazlan bin Mohamad
Pengarah, Kolej Kediaman Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin
Muhammad Amirul Irfan bin Amir Hamzah
Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sultan Zainal Abidin



Semoga kepercayaan yang telah diberikan ini menjadi asbab jiwa Future Caliph yang dahagakan ilmu tanpa sempadan semakin makmur di bumi Abidin ini.
Jiwa Future Caliph, Demi UniSZA!












