Oleh : NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Penerbitan BHEPA

USM PULAU PINANG, 26 November 2026 :- Melakukan kerja sambilan adalah perkara biasa di sepanjang minggu konvokesyen USM berlangsung di tapak ekspo. Selain dari dapat menampung kos hidup dan memperoleh pengalaman kerja, usaha mereka juga dilihat dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga.



Pelajar Nur Hidayah Binti Mohd Faudzi Tahun 4 dari Pusat Pengajian Ilmu Bersama rakan-rakannya yang juga dari pusat pengajian yang sama ketika ditemui berkata, dengan melakukan kerja sambilan beliau dapat mengunakan wang tersebut bagi membeli keperluan sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada keluarga.
“Selain dapat menambah pendapatan, saya juga dapat mencari pengalaman, mengurangkan beban keluarga dan meningkatkan kemahiran berkomunimasi semasa bertemu dengan pengunjung yang hadir.
“Alhamdulillah, kami dibayar RM8.00 sejam semasa bertugas di gerai cenderamata konvo termasuk makan tengah hari. Dengan gaji yang diterima, bolehla saya gunakan untuk keperluan harian nanti.
Walaupun berada di minggu konvokesyen dan kebanyakkan jadual pembelajaran dilakukan secara dalam talian, secara umumnya masa dan peluang yang ada digunakan sebaiknya bagi mencari perbelanjaan tambahan.












