Advertisement

Kor SISPA UNIMAS Asah Kemahiran Kejurulatihan Dan Pengurusan Bencana

Oleh: Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA), UNIMAS

KUCHING, 13 November 2026 – Pegawai Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengikuti dua kursus Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pusat Latihan Pertahanan Awam Negeri Sarawak (PUSPA), Kuching, dari 9 hingga 13 November 2026 untuk mengasah kemahiran kejurulatihan dan pengurusan bencana melalui sesi teori dan latihan amali.

Dua kursus yang dihadiri adalah Kursus Metodologi Latihan Siri 10 dan Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPPS) Siri 11.

Peserta tiba di PUSPA pada 8 November sebelum latihan rasmi bermula pada keesokan harinya.

Dalam Kursus Metodologi Latihan, jurulatih membimbing peserta berlatih berucap di hadapan audiens dan menyampaikan maklumat dengan jelas.

Latihan pengucapan awam itu memberi peluang kepada peserta membina keyakinan untuk berkongsi pengetahuan dan membimbing orang lain.

Pendekatan ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4, iaitu Pendidikan Berkualiti, melalui pembangunan kemahiran kejurulatihan.

Kursus Metodologi Latihan di PUSPA, Kuching.

Dalam Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara, peserta berlatih memasang dan melipat semula khemah jenis C-Tent.

Peserta turut mengikuti simulasi yang menggambarkan situasi dihadapi mangsa bencana di pusat pemindahan.

Simulasi itu memberi pendedahan kepada peserta tentang cabaran mengurus keperluan mangsa, termasuk aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan.

Peserta mengendalikan khemah C-Tent semasa latihan amali Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

Penekanan terhadap kebajikan mangsa selari dengan SDG 3, iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan.

Latihan kesiapsiagaan bencana turut menyokong SDG 11, iaitu Bandar dan Komuniti Mampan, yang menekankan daya tahan komuniti ketika menghadapi bencana.

Penyertaan dalam kedua-dua kursus ini memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para peserta, khususnya dalam memperkukuh kemahiran kejurulatihan dan meningkatkan keupayaan mengendalikan operasi pengurusan bencana.

Pengetahuan serta pengalaman yang diperoleh diharap dapat dimanfaatkan dalam latihan Kor SISPA UNIMAS dan tugasan kesukarelawanan pada masa hadapan.

Total Views: 10