Advertisement

Malam Gala 3rd World Art Festival 2026 Angkat Seni dan Budaya Antarabangsa

BANGI, 2 November 2026 – Malam Gala 3rd World Art Festival 2026 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi platform menghimpunkan penggiat seni, mahasiswa, peserta antarabangsa serta tetamu kehormat dari pelbagai negara dalam meraikan kepelbagaian seni dan kebudayaan dunia.

Penganjuran program ini bertujuan mengangkat keunikan seni dan budaya antarabangsa menerusi pelbagai persembahan muzik, tarian dan seni tradisional. Selain itu, festival ini turut menjadi wadah memperkukuh hubungan persahabatan, menggalakkan pertukaran budaya serta meningkatkan persefahaman antara masyarakat antarabangsa.

Malam gala tersebut menyaksikan penyertaan delegasi dari 15 buah negara, iaitu Thailand, Filipina, Vietnam, China, Kemboja, Ukraine, Perancis, Mexico, Korea, Indonesia, Jepun, India, Kazakhstan, Mesir dan Malaysia yang masing-masing mengetengahkan keunikan identiti serta warisan budaya negara melalui persembahan seni.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Ts. Dr. Hj. Norinsan Kamil Othman. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti UKM, Encik Mohamed Asrof Senin.

Penganjuran 3rd World Art Festival 2026 membuktikan bahawa seni dan kebudayaan bukan sekadar medium hiburan dan persembahan, malah berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat antarabangsa melalui perkongsian identiti, tradisi dan kreativiti.

Usaha ini sekali gus mencerminkan komitmen UKM dalam memperluas jaringan kerjasama antarabangsa, di samping memperkukuh peranan mahasiswa sebagai penggerak seni dan budaya yang mampu membawa identiti serta kreativiti Malaysia ke peringkat global.

Tarian Penutup sempena Malam Gala 3rd World Art Festival 2026

Total Views: 1