Advertisement

UTM Lancar Penyerahan dan Pengaktifan Kad MySiswa bagi Pelajar Baharu Sesi 2026/2027

Oleh : Azlina Mohd Lazim

JOHOR BAHRU, 14 Oktober 2026 – Seksyen Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib (SKKT), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Sesi Tambahan Penyerahan dan Pengaktifan Kad MySiswa Pelajar Baharu Sesi 2026/2027 bersama RHB Bank Sdn. Bhd. serta Pendaftaran Akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 13 hingga 14 Oktober 2026.

Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana, UTM Johor Bahru. Program ini melibatkan kerjasama pihak RHB Bank Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Tn. Syed Muhamad Salim bin Syed Abd. Rahman, Regional Business Development Manager serta staf-staf RHB Bank Sdn. Bhd. bagi membantu urusan penyerahan dan pengaktifan kad MySiswa. Sementara itu, urusan pendaftaran akaun ASNB dikendalikan oleh Pn. Siti Hajar binti Abdul Karim, Assistant Branch Manager, Johor Bahru Branch bersama staf-staf ASNB.

Pelajar UTM dalam proses Pengaktifan Kad MySiswa

Melalui pelaksanaan sesi tambahan ini, sebanyak 1,076 kad MySiswa pelajar baharu berjaya diaktifkan. Pencapaian ini mencerminkan komitmen UTM dalam memastikan pelajar mendapat akses kepada kemudahan perbankan melalui kad MySiswa, sekali gus memudahkan urusan harian sepanjang tempoh pengajian. Manakala, pendaftaran akaun ASNB yang turut dilaksanakan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali kemudahan simpanan dan pelaburan bagi memupuk amalan pengurusan kewangan yang lebih baik.

UTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada RHB Bank Sdn. Bhd. serta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Diharapkan usaha berterusan ini dapat meningkatkan kemudahan perkhidmatan kepada pelajar serta menyokong kesejahteraan dan pengalaman kehidupan kampus yang lebih baik bagi pelajar.

Pendaftaran akaun ASNB yang turut dilaksanakan
Total Views: 27