Oleh : Mohd Izzat Bin Shafie
Ajil, 19 Mei – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus komited memperkasa agenda pendidikan negara menerusi penglibatan aktif dalam Program Mentor Hot Seat sempena Majlis Peluncuran Kembara Pendidikan Tinggi@Terengganu dan Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, Ajil, Hulu Terengganu.
Program yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir itu menghimpunkan pelbagai institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan serta komuniti setempat dalam usaha memperkukuh agenda pendidikan tinggi negara.
Turut Hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed yang turut bersama-sama menjayakan sesi bersama pelajar dan komuniti sepanjang program berlangsung.

Gambar 1 : Sesi Penerangan oleh TNC HEPA UMPSA kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi
Program Mentor Hot Seat merupakan program yang dikendalikan oleh mahasiswa UMPSA yang berkongsi pengalaman serta motivasi kepada para pelajar bagi meningkatkan keyakinan dan minat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Seramai 20 orang pelajar UMPSA terlibat dalam menjayakan program berkenaan dengan bimbingan dan penyelarasan oleh Encik Dzul Iskandar Muhamad Fauzi, Felo Kolej Kediaman 4, merangkap pegawai pengiring sepanjang pelaksanaan program.

Gambar 2 : Sesi penerangan oleh Mentor kepada Pelajar Sekolah
Penglibatan UMPSA dalam program ini membuktikan komitmen universiti dalam memperkukuh hubungan strategik bersama komuniti serta mendukung aspirasi Pendidikan Tinggi melalui pendekatan pendidikan yang inklusif dan berimpak tinggi.

Gambar 3 : Pasukan UMPSA bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi dan Warga KPT.












