Advertisement

Program Pembangunan Ketahanan Diri dan Cakna Kesihatan Mental Perkasa Atlet Sepak Takraw SUKMA Perak

TANJUNG MALIM, 19 Julai – Seramai 12 atlet Sepak Takraw SUKMA MSN Perak menyertai Program Pembangunan Ketahanan Diri dan Cakna Kesihatan Mental yang berlangsung dari 17 hingga 19 Julai 2026 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan Pusat Sukan UPSI.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental serta membimbing atlet menguasai kemahiran asas psikologi kaunseling seperti pengurusan emosi, komunikasi berkesan, kawalan stres dan strategi daya tindak yang sihat bagi menghadapi tekanan latihan serta pertandingan.

Pasukan Sepak Takraw SUKMA Perak bersama Pusat Kaunseling UPSI untuk Program Pembangunan Ketahanan Diri dan Cakna Kesihatan Mental bersama MSN Perak


Sepanjang program, peserta turut mengikuti aktiviti interaktif, perbincangan berkumpulan dan latihan kendiri yang membantu meningkatkan keyakinan diri, kesedaran emosi serta kemahiran menyelesaikan masalah. Program dikendalikan oleh Dr. Pau Kee dan Encik Ahmad Shazwi.


Di akhir program, pasukan kejurulatihan menyatakan objektif telah tercapai dan program susulan akan dirangka bagi mendatangkan kesan berterusan.

Dr. Pau Kee bersama Pasukan Sepak Takraw SUKMA Perak dalam slot Pengurusan Diri dan Akademik dalam Program Pembangunan Ketahanan Diri dan Cakna Kesihatan Mental bersama MSN Perak