Oleh : Mohd Izzat bin Shafie @ Mohd Alias
LIPIS, 16 Mei 2026 – Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Mahasiswa Negara) 2026 Zon Timur telah memasuki Siri ke-5 dan berjaya menghimpunkan mahasiswa universiti awam Zon Timur di Kem Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Lipis, Pahang pada 15 sehingga 17 Mei yang lalu.
Program tersebut merupakan hasil kerjasama strategik antara Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Majlis Kepimpinan & Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM) sebagai salah satu usaha dalam memperkasa agenda pembangunan bakat terbaik negara dalam kalangan mahasiswa
Seramai 28 orang mahasiswa Tahun 1 daripada UMPSA telah menyertai kursus selama tiga hari dua malam itu dan menjadi medan penyatuan mahasiswa pelbagai latar belakang dalam semangat kebersamaan.

Gambar 1: Delegasi UMPSA ke Program Mahasiswa Negara
Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian berkaitan kenegaraan, kepimpinan dan pembentukan jati diri disamping mendalami enam (6) teras utama Malaysia MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Gambar 2: Aktiviti Program
Penghargaan khusus diberikan kepada barisan jurulatih, fasi serta setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Aizat bin Azman daripada UMPSA yang dilantik sebagai Penghulu mengetuai 85 orang Mahasiswa lain dari Zon Timur.
Majlis penutupan program bagi Zon Timur telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Rosjuliana Hidayu binti Rosli, Pengetua Kolej Kediaman Ke-3 UMPSA dan di akhir ucapannya, beliau menekankan keperluan pembangunan karakter kepimpinan diteruskan di peringkat universiti secara berterusan.

Gambar 3: Sekitar Majlis Penutup












