KUALA LUMPUR, 19 Mei 2026 – Pelajar Kluster Data Analitik, Jabatan Pengurusan dan Teknologi (JPT), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjalankan lawatan industri ke Project Command Centre (PCC) PETRONAS.

Sesi yang berlangsung di Menara 3, Aras 19 itu mendedahkan pelajar data analitik kepada aliran kerja sebenar ekosistem digital PETRONAS.
Fokus utama lawatan merangkumi aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam operasi sebenar, papan pemuka analisis data menggunakan Power BI, serta penyelesaian teknologi 3D dan Extended Reality (XR) yang digunakan dalam pemantauan projek berskala besar.
Delegasi FPTP turut mengadakan sesi tinjauan di Skybridge, Aras 42, Menara Berkembar PETRONAS sebagai sebahagian daripada pendedahan terhadap persekitaran kerja industri global.

Lawatan ini menjadi sebahagian daripada strategi fakulti untuk memperkukuh kesediaan kerja pelajar data analitik selari dengan keperluan semasa industri.

#UTHM #FPTP #DataAnalytics #PCCPETRONAS #JPT #WithUTHMWeProfoundTheFuture












