Advertisement

Kaunselor Pelatih UUM Diperkasa Menerusi Program Enhancing Internship Skills

SINTOK, 29 September 2026 – Pusat Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Enhancing Internship Skills bertempat di Living Centre (ILC) Permai UUM, Inasis Perodua pada 29 September 2026.

Program yang berlangsung dari 2.00 petang hingga 5.00 petang ini bertujuan memberikan latihan dan pendedahan kepada kaunselor pelatih dalam mengendalikan kumpulan sokongan, khususnya melibatkan individu yang berhadapan dengan cabaran kesihatan mental. Program ini turut memberi penekanan kepada kemahiran komunikasi empatik, mendengar secara aktif, pembinaan hubungan terapeutik serta penggunaan bahasa yang sesuai dan beretika ketika berinteraksi dengan klien.

Antara pengisian utama program Slot Handling Group For Mental Illness Survivor dan sesi Role-Play yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Siti Rozaina Kamsani, Pensyarah Kanan SAPSP. Pengisian berbentuk simulasi dan latihan praktikal ini memberi peluang kepada kaunselor pelatih mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam situasi yang lebih dekat dengan realiti sesi kaunseling.

Program ini turut memberi pendedahan kepada kaunselor pelatih mengenai pendekatan psikologi positif, teknik relaksasi, strategi penyesuaian diri serta kaedah menangani tekanan yang sesuai untuk pelajar yang berhadapan dengan isu kesihatan mental. Latihan tersebut diharap dapat membantu meningkatkan keyakinan dan keupayaan kaunselor pelatih dalam mengurus emosi, memahami reaksi klien serta menangani cabaran ketika mengendalikan sesi kaunseling.

Pelaksanaan program ini juga selari dengan peranan Pusat Kaunseling UUM dalam menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelajar merangkumi aspek akademik, peribadi, kerjaya dan hubungan interpersonal melalui sesi kaunseling individu dan kelompok, ujian psikologi serta program pembangunan dan pencegahan.

Secara keseluruhannya, Program Enhancing Internship Skills menjadi salah satu usaha Pusat Kaunseling UUM dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan kemahiran kaunselor pelatih agar dapat memberikan sokongan psikologi secara lebih sistematik, beretika dan berkesan kepada warga pelajar UUM.

Sepanjang pelaksanaan program, para peserta telah menunjukkan penglibatan yang aktif dan komitmen yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Program turut diserikan dengan sesi perkongsian dan interaksi antara fasilitator bersama para peserta, yang memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta refleksi sepanjang mengikuti program. Fasilitator turut memberikan penerangan dan bimbingan bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh para peserta telah mewujudkan suasana program yang positif, interaktif dan bermakna. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama para peserta, fasilitator dan urus setia sebagai kenang-kenangan serta tanda penghargaan atas penglibatan dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program.

Berita Oleh : Syaima’ Binti Mohd Rusli (Kaunselor Pelatih, Pusat Kaunseling)
Gambar Oleh : Nur Farhana Hafiza Binti Yaacob (Kaunselor Pelatih, Pusat Kaunseling)

Total Views: 46