Advertisement

Puisi yang indah bukan sekadar susunan kata yang merdu…

Luahan rasa, penjiwaan bait diiringi iltizam untuk berkarya mencantumkan pertemuan mahasiswa-mahasiswa daripada pelbagai latar belakang di ruang yang kelihatan sepi namun tidak terkurung untuk melepaskan ombak perjuangan bahasa dan warisan yang tak luak ditelan zaman.

Kelab Citra Puisi (KeRiSZ) UniSZA telah mengadakan sesi mini meet and greet bersama ahli baharu di Dewan Seminar, Pusat Kesenian dan Warisan (PKW), UniSZA. Sesi perkongsian karya juga telah dilaksanakan bagi mempersiapkan pasukan untuk mengharungi perjuangan puisi dan sajak di arus perdana mahasiswa.

Demi UniSZA!

Total Views: 19