Meet & Greet Kelab Koir Vokal Harmoni
Koir Vokal Harmoni telah menganjurkan program Meet & Greet Kelab Koir Vokal Harmoni sebagai platform untuk memperkenalkan barisan kabinet sesi terdahulu kepada ahli baharu, di samping mengeratkan hubungan serta membina keserasian dalam kalangan ahli kelab.

Program ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti santai yang melibatkan penyertaan ahli lama dan baharu. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memecahkan jurang antara ahli serta mewujudkan interaksi yang lebih terbuka dan mesra.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat antara ahli lama dan baharu, sekali gus mewujudkan suasana kelab yang lebih inklusif dan harmoni dalam menjayakan aktiviti dan persembahan pada masa akan datang.












