Advertisement

SAHABAT PATUH SYARIAH EKSPO KONVOKESYEN UniSZA 2026

Rabu | 30 September 2026 | Holding Room, Pusat Kesenian & Warisan, UniSZA

Pengurusan Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) dan Performing Arts Leadership (PEARL) bersama Sahabat Patuh Syariah telah mengadakan sesi perbincangan menyelaras garis panduan berkaitan pengasingan dan peradaban antara pengunjung lelaki dan perempuan bukan mahram sempena Ekspo Konvokesyen UniSZA 2026.

Perbincangan turut merangkumi penyusunan ruang serta tatacara penglibatan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti selaras dengan prinsip pematuhan syariah.

Sesi ini menekankan kepentingan kerjasama dan penyelarasan antara semua pihak agar garis panduan yang ditetapkan dapat dilaksanakan secara teratur dan konsisten.

Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah SWT.

Total Views: 5